1. Nitrogen (N)
Berfungsi untuk faktor tumbesaran utk stimulasi tumbuh
2. Phosphorus (P)
an ia juga membekal pertumbuhan ranting dan daun. Kekurangan N sebabkan pokok tak sihat dan terbantut. Berlebihan nilai N akan sebabkan kekurangan bunga dan buah2. Phosphorus (P)
Fungsi sebagai penyalur perkembangan utk pembentukan bunga yg sihat dan benih. Kekurangan P akan sebabkan tiada pembentukan bunga dan buah.
3. Potassium (K)
Fungsi membekal, menstimulasi pertumbuhan tisu baru, pembesaran batang, buah dan bunga dan meningkatkan nilai kemanisan buah.Kekurangan K akan sebabkan pokok terbantut, kekurangan buah, bunga, saiz batang yg kecil dan rasa buah yg hambar.
4. Kalsium. (Ca)
Fungsi membentuk dinding selular yg sihat. Kekurangan Ca sebabkan pokok tak sihat dan tiada bunga serta buah.
5. Magnesium (Mg)
Fungsi menghantar nutrien dan mineral utk menghasilkan klorofil dan proses biologi. Kekurangan nilai Mg akan sebabkan daun kekuningan dan kelihatan x sihat.
6. Sulfur (S)
Fungsi menghantar nutrien dan mineral utk stimulasi penghasilan klorofil, haruman dan warna. Kekurangan nilai S akan sebabkan daun dan pokok x sihat, tiada haruman , warna dan rasa . Nilai S yg berlebihan akan sebabkan pokok hasilkan terlalu banyak buah/bunga dan gula yg berlebihan.
7. Iron (Fe)
Fungsi melengkapkan proses dalaman iaitu penukaran proses kimia dan hasilan tenaga. Kekurangan nilai Fe akan sebabkan daun tidak segar dan mengecil serta ketebalan daun menipis.
8. Zinc (Zn)
Fungsi adalah meningkatkan nilai daya tahan pokok bila cuaca berubah dan mengubah hormon tumbuhan. Kekurangan nilai Zn sebabkan pokok kelihatan tak segar.
9. Manganese (Mn)
Fungsi menghasilkan karbohidrat dan gula dlm proses pembesaran. Kekurangan nilai Mn akan sebabkan pokok tak sihat dan terbentuk titik-titik pd daun. Nilai Mn yg berlebihan sebabkan media berasid.
10. Copper (Cu)
Fungsi utk stimulasi penghasilan pigmen warna dan rasa. Kekurangan nilai Cu sebabkan pucuk rosak dan pokok mati. Nilai Cu berlebihan sebabkan pokok terbantut dan mati.
11. Boron (B)
Fungsi menghasilkan pendebungaan, buah dan merancakkan percambahan. Kekurangan nilai B sebabkan pokok terbantut dan mati.
12. Molybdenum (Mo)
Fungsi utk menghantar nutrien dan mineral dlm penghasilan klorofil. Kekurangan sebabkan daun meleding dan pokok mati.
13. Klorin (Cl)
Fungsi meningkatkan kematangan, cepatkan buah masak, hasilkan rasa dan bau utk buah/bunga. Tiada kesan sekiranya kekurangan atau berlebihan nilai Cl.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan