Khamis, 30 Mac 2017

Sintom kekurangan unsur mineral

Daun menjadi kekuningan dan urat pada daun sahaja yang masih hijau. Boleh dikatakan 99% pokok cili menjadi begini.
Kalau sekadar 5% polibeg sahaja, kemungkinan pH dalam polibeg tersebut
lari, jadi pokok tidak dapat tangkap nutrient yang diberikan terutama
mikro nutrient. Jadi cuba buat flushing air.



Info
Kalau daun menjadi kuning, ia mungkin disebabkan oleh tanaman gagal menyerap unsur yang diperlukan untuk membina klorofil, iaitu bahan yang lazimnya berwarna hijau yang ada kaitan dengan proses membuat makanan menggunakan cahaya matahari, air dan udara (karbon dioksida).

Kalau daun bertukar menjadi kuning  dan kemudian mati. Kadang-kadang terdapat sedikit warna merah. Pertumbuhan pula perlahan dan daun bergulung.  Ini tanda kekurangan Nitrogen. Boleh selesaikan dengan baja organik terutamanya baja kandang (najis haiwan).


Kalau daun berwarna hijau tua di sebelah atas, di sebelah bawah bertukar ungu.  Daun kemudiannya menjadi kuning dan mati.  Batang pokok pula halus dan pertumbuhan terbantut.  Bunga dan putik buah tidak lekat, ini tanda kekurangan Fosforus.

Hujung daun menjadi kering, bertukar warna perang dan mati. Ini tanda terlebih Klorin.

Urat daun menjadi kuning, daun kemudiannya luruh.  Terdapat kesan warna merah.  Sisi daun tua mati tetapi pucuk daun tidak mati.  Ini tanda kekurangan Magnesium.

Daun bertukar warna (kuning) terutamanya di bahagian sisi menjadi perang.  Kawasan urat berwarna kuning. Pertumbuhan pokok dan akar terbantut. Tanda kekurangan Kalium.

Urat daun tua mula luntur warnanya.  Daun menjadi pucat dan bergulung. Pucuk mula mati. Kekurangan Molibdenum

Daun pucat secara menyeluruh. Pertumbuhan terbantut. Kekurangan Sulfur.

Pucuk layu dan hujung kering seperti terbakar.  Warna daun tidak pucat tetapi pertumbuhan terbantut.  Kekurangan Kuprum.

Urat daun mulai luntur bermula dengan daun tua, akhirnya seluruh daun menjadi luntur.  Kekurangan Besi Ferum.

Bahagian urat daun matang tidak luntur tetapi daun muda menjadi kuning bermula dari urat daun, melecur.  Kemudian tanda-tanda ini juga kelihatan pada daun yang matang.  Tanda kekurangan Mangan.

Daun menjadi luntur antara urat-urat daun, dalam bentuk tompok-tompok.  Daun yang baru tumbuh tidak sebesar daun yang biasa.  Tanda kekurangan Zink.

Daun pada pucuk utama menjadi pucat. Putik bunga menjadi erot. Batang menjadi pendek dan pecah. Daun menjadi rapuh dan erot. Tanda kekurangan Boron.

Pertumbuhan terbantut, daun bergulung, hujung daun melecur dan bahagian tepi daun mati. Pucuk utama dan putik bunga luruh. Kekurangan Kalsium.
semoga manfaat dan selamat membaca... 

Kejayaan kita berada dalam fikiran kita

https://youtu.be/SKQOf743TOo

Isnin, 20 Mac 2017

PENGHALAU SERANGGA BOTANIKAL

PENGHALAU SERANGGA BOTANIKAL

Penggunaan racun serangga berasaskan bahan kimia dalam tempoh panjang memberi kesan kepada manusia, termasuk masalah kulit dan kemusnahan alam sekitar. Di sini saya ingin menunjukkan cara yang mudah, murah dan selamat menghasilkan racun serangga organik yang boleh dihasilkan sendiri di rumah.

Selain itu, kerap juga mendengar mengenai cara penggunaan racun perosak berasaskan bahan kimia yang tidak betul serta boleh mengundang bahaya jika salah menggunakan serta cara penyimpanan.

Tidak perlu memikirkan jenis racun kimia yang dibeli, bagaimana untuk menyimpan di tempat selamat, serta cara yang betul menggunakannya. Cuba anda fikirkan kesan dan akibat salah penggunaan bahan kimia ini.

Konsep yang saya ketengahkan disini adalah mencegah lebih baik daripada merawat.

Berikut adalah jenis-jenis serangga perosak tanaman yang biasa kita jumpa di tanaman:-

Serangga Jenis Mengunyah

1.Kumbang
2. Belalang
3. Kupu-Kupu
4. Ulat Bulu
5. Siput
6. Lintah Bulan

Serangga Jenis Menghisap (Pembawa virus dan penyakit)

1.Aphis @ Aphid @ Kutu Daun
2.Koya
3.Pianggang
4.Kutu Thrip
5.Kulat Putih @ Hamama

Penyediaan Larutan Stok
•1 liter air
•1 sudu besar minyak masak/ minyak sayur
•1 sudu besar sabun basuh
•4-6 ulas bawang putih (ditumbuk)

Cara Penyediaan

1. Masukkan minyak masak atau minyak sayur dan sabun ke dalam 1 liter air
2. Tumbuk 4-6 ulas bawang putih dan masukkan ke dalam larutan tadi

3. Setelah dikacau, tapiskan

4. Untuk penyemburan : campurkan 1 bahagian larutan stok dengan 4 bahagian air (1:4)

Bagi serangga jenis mengunyah, campurkan beberapa 2-3 biji cilia api (hancurkan) atau lada hitam (ditumbuk) manakala serangan serangga jenis menghisap, anda perlu campurkan beberapa titis minyak lestari (essential oil) atau halia (ditumbuk) atau serbuk kunyit. Bahan ini adalah campuran yang biasa saya nasihatkan kepada suri rumah atau penggemar lanskap dalam kuantiti yang sedikit. Selain daripada itu, ekstrak tumbuhan lain bagi tujuan kawalan serangga dalam kuantiti yang besar adalah:-

Ekstrak Bawang

Kawal penyakit reput antraknos pokok cili serta hawar cili. Hancurkan 50 gram bawang dalam 1 liter air. Tapis dan semburkan pada pokok.

Campuran Minyak Kayu Putih (Tea Tree Mixture)

Untuk mengawal penyakit lecuh pangkal. Campur 5ml minyak kayu putih ke dalam 10-20 liter air. Gunakan dengan basahkan tanah di sekeliling pokok (Soil Drenching).

Ekstrak Halia

Untuk mengawal penyakit kulapuk. Kisar 20 gram halia dalam 1 liter air. Tapis dan sembur 3 kali seminggu.

Ekstrak Daun Neem Semambu)

Untuk kawalan vektor seperti kutu daun, trip dan lalat putih. Campurkan 2 Kg daun Neem yang sudah di tumbuk lumat bersama dengan 30 gram sabun basuh. Tinggalkan semalaman dan tapis. (hasilnya dalam bentuk serbuk). Gunakan mengikut nisbah 1:3- jika anda membuat patinya sebanyak 1 liter maka campurkan dengan 3 liter air dan semburkan ke pokok.

Ekstrak Bawang Putih

Juga untuk kawalan vector seperti kutu daun dan trip serta lalat putih. Campurkan 100 gram bawang putih (dicincang) dalam 500 ml air

Tambahkan 10ml minyak masak dan 10gram sabun. Tinggalkan semalaman dan tapiskan. Untuk semburan, campurkan larutan bersama air dengan nisbah 1:200. contohnya jika kita menggunakan 10ml ekstrak pati campurkan dengan 2000 ml air (2 liter).

Montaj tanaman rock melon jp

https://youtu.be/wIvtE_mmRvw

Ahad, 19 Mac 2017

Fungsi element baja


1. Nitrogen (N)                                                                               
Berfungsi untuk faktor tumbesaran utk stimulasi tumbuh
                                        
2. Phosphorus (P)                                                                                   
an ia juga membekal pertumbuhan ranting dan daun. Kekurangan N sebabkan pokok tak sihat dan terbantut. Berlebihan nilai N akan sebabkan kekurangan bunga dan buah
Fungsi sebagai penyalur perkembangan utk pembentukan bunga yg sihat dan benih. Kekurangan P akan sebabkan tiada pembentukan bunga dan buah.    
                                                     
3. Potassium (K)                                                                                               
Fungsi  membekal, menstimulasi pertumbuhan tisu baru, pembesaran batang, buah dan bunga dan meningkatkan nilai kemanisan buah.Kekurangan K akan sebabkan pokok terbantut,  kekurangan buah, bunga, saiz batang yg kecil dan rasa buah yg hambar.   
                                                          
4. Kalsium. (Ca)                                                                              
Fungsi membentuk dinding selular yg sihat. Kekurangan Ca sebabkan pokok tak sihat dan tiada bunga serta buah.        
                                                           
5. Magnesium (Mg)                                                                         
Fungsi menghantar nutrien dan mineral utk menghasilkan klorofil dan proses biologi. Kekurangan nilai Mg akan sebabkan daun kekuningan dan kelihatan x sihat.         
                                                                                          
6. Sulfur (S)                                                                                        
Fungsi menghantar nutrien dan mineral utk stimulasi penghasilan klorofil, haruman dan warna. Kekurangan nilai S akan sebabkan daun dan pokok x sihat, tiada haruman , warna dan rasa . Nilai S yg berlebihan akan sebabkan pokok hasilkan terlalu banyak buah/bunga dan gula yg berlebihan.

7. Iron (Fe)                                                                                        
Fungsi melengkapkan proses dalaman iaitu penukaran proses kimia dan hasilan tenaga. Kekurangan nilai Fe akan sebabkan daun tidak segar dan mengecil serta ketebalan daun menipis.  
                    
8. Zinc (Zn)                                                                                        
Fungsi adalah meningkatkan nilai daya tahan pokok bila cuaca berubah dan mengubah hormon tumbuhan. Kekurangan nilai Zn sebabkan pokok kelihatan tak segar.

9. Manganese (Mn)                                                                           
Fungsi menghasilkan karbohidrat dan gula dlm proses pembesaran. Kekurangan nilai Mn akan sebabkan pokok tak sihat dan terbentuk titik-titik pd daun. Nilai Mn yg berlebihan sebabkan media berasid.

10. Copper (Cu)                                                                              
Fungsi utk stimulasi penghasilan pigmen warna dan rasa. Kekurangan nilai Cu sebabkan pucuk rosak dan pokok mati. Nilai Cu berlebihan sebabkan pokok terbantut dan mati.

11. Boron (B)                                                                                    
Fungsi menghasilkan pendebungaan, buah dan merancakkan percambahan. Kekurangan nilai B sebabkan pokok terbantut dan mati.

12. Molybdenum (Mo)                                                                     
Fungsi utk menghantar nutrien dan mineral dlm penghasilan klorofil. Kekurangan sebabkan daun meleding dan pokok mati.

13. Klorin (Cl)                                                                                  
Fungsi meningkatkan kematangan, cepatkan buah masak, hasilkan rasa dan bau utk buah/bunga. Tiada kesan sekiranya kekurangan atau berlebihan nilai Cl.

Sabtu, 18 Mac 2017

KENALI MZ FERTIGASI ENT

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
MZ FERTIGASI ENTERPRISE ditubuhkan pada Jun 2013 di KUANTAN dan dipindahkan di JERANTUT PAHANG pada tahun 2014. Kami menjalankan PROJEK TANAMAN FERTIGASI ROCK MELON. MZ FERTIGASI ENTERPRISE juga menjual input-input pertanian seperti baja fertigasi, polibeg, timer, sabut, dripper, media semaian, ec meter, ph meter, serta membekalkan khidmat nasihat tanaman secara fertigasi. Sebarang pertanyaan dan persoalan boleh hubungi saya di talian 017-9393620 @ 013-6436757.