Selasa, 5 Disember 2017

APA ITU NPK?

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Ramai yang masih tidak tahu apa itu baja NPK..

'Nah admin belanja je tidak perlu Pm tepi'
'jangan cakap abang tak payung'

1) Semua baja samada ORGANIK ATAU BUKAN, akan mempunyai nilai NPK nya sendiri.

2) Maksud NPK :
N bermaksud Nitrogen : Baja untuk daun
P bermaksud fosfat (Phosphate) : Baja untuk akar
K bermaksud Kalium (Potassium) : Baja untuk buah/bunga

3) Jika pada baja itu tertulis NPK 13-11-21, itu bermakna baja itu mempunyai :

13% Nitrogen
11% fosfat
21% Kalium.

Tetapi jika dijumlahkan semuanya baru 45%. Ini kerana lebihan 55% tersebut adalah bahan lengai ataupun 'filler' yang digunakan bagi memegang dan mengurangkan 'kepanasan' setiap komponen tersebut. Kerana jika peratusan setiap komponen tersebut digunakan 100%, ia akan menjadi merbahaya pada pokok dan mengakibatkan kesan terbakar.

Sebagai contoh, UREA, bacaan label adalah 46-0-0. Ini bermakna UREA hanya mempunyai komponen Nitrogen sebanyak 46% dan tiada fosfat atau kalium.

4) Oleh itu, pembajaan secara umumnya adalah seperti berikut :

Tumbesaran : Baja nilai N yang tinggi ataupun NPK yang sama. Seperti 15-15-15 atau 16-16-16 atau 18-18-18

Akar yang kuat : Baja yang nilai P yang tinggi. Seperti CIRP (Christmas Island Rock Phosphate) Kandungan P adalah 28%-32%

Kualiti Buah & Bunga : Baja yang nilai K yang tinggi. Seperti PN (Potassium Nitrat) Kandungan K adalah 46%

5) Selain daripada NPK, pokok juga memerlukan Trace Element (TE) bagi keperluan asas. TE akan diterangkan kemudian.

Diharapkan maklumat ini sedikit sebanyak dapat membantu sahabat tani di luar sana.

Jabatan Pertanian Kuala Pilah