1. Penipuan. Ada yang tipu hidup-hidup. Ada yang tipu secara berselindung. Apabila kita baru memulakan bisnes, ramai yang mengintai peluang untuk ambil kesempatan dari "kebodohan" kita.
2. Kos di luar jangka. Akibatnya, bajet dan unjuran aliran tunai kacau-bilau. Wang tak cukup.
3. Ketidakstabilan logistik. Oleh kerana kita beroperasi kecil-kecilan dan bajet rendah, bekalan dan prestasi staf tidak konsisten. Akhirnya, bisnes gagal memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.
4. Hilang semangat. Setelah penat bekerja, tak nampak hasil yang ketara. Jualan tak menjadi, duit habis. Kita mula angkat bendera putih perlahan-lahan. Kita kata, cukuplah, dah penat.
5. Sunyi. Sanak-saudara dan kawan-kawan yang dulu merangsang kita buat bisnes, mula menghilangkan diri. Kita mula susah nak buat appointment dengan staf yang dulu bekerja sama-sama. Nak tolong? Usah harap.
Anda nak mulakan bisnes? Beringatlah. Inilah cabaran yang harus diharungi. Cekalkan hati.
Credit to cik yaya